Nur Kasih The Movie akan ditayangkan di pawagam pada 19hb Mei ni, lanjutan dari drama Nur Kasih yang ditonton 4.3 juta orang, dengan durasi 40 tahun cerita kisah cinta Nur Amanina dan Adam. Trailer yang sungguh hebat dengan pemandangan di Timur Tengah, serta muzik latar yang sedap sekali. Filem Nur Kasih dikatakan lebih meruntun jiwa dan mampu membuatkan penonton mengalirkan air mata. Sentuhan pengarah yang cukup berhati hati sapa lagi kalau bukan Khabir Batia. Walaupun pengarah cuba merahsiakan jalan ceritanya, ramai yang makin tak sabar sabar nak tau sinopsis dan jalan cerita Nur Kasih The Movie ni. Nuriz pun antara peminat Nur Kasih jugak, skodeng skodeng nak tau apakah rahsia jalan cerita dalam Nur Kasih the movie yang membawa penonton mengembara selama 40 tahun. Fenomena Nur Kasih yang hebat.
Jom kita bongkar jalan cerita penuh Nur Kasih The Movie yang dirahsiakan jeng jeng jeng…
Jalan cerita Nur Kasih the movie dimulakan dengan pemandangan di padang pasir di Jordan, kelihatan dua orang arab Badwi sedang berjalan jalan, dan tiba tiba dikejutkan dengan kemalangan ngeri sebuah keretapi berlanggar dengan sebuah kenderaan. Kemudian penonton dibiarkan suspen dengan scene tadi.
Jalan cerita diteruskan di kampung tempat Nur Amanina dan Adam dengan kenangan kenangan nostalgia mereka masa dulu.
Isteri Aidil iaitu Aliya telah meninggal dunia disebabkan kemalangan dan dia meninggalkan dua anak iaitu Ilyas, 7 tahun dan Maryam 5 tahun. Aidil yang kematian isteri dilanda kesedihan dan kemurungan dan dia jadi bapa tunggal terpaksa membesarkan anak sendirian.
Isteri Aidil iaitu Aliya telah meninggal dunia disebabkan kemalangan dan dia meninggalkan dua anak iaitu Ilyas, 7 tahun dan Maryam 5 tahun. Aidil yang kematian isteri dilanda kesedihan dan kemurungan dan dia jadi bapa tunggal terpaksa membesarkan anak sendirian.
Jalan cerita diteruskan lagi, Ilyas semakin dewasa dan dia memahami kesedihan dan kesunyian yang ditanggung ayahnya. Maryam masih kurang matang dan belum memahami kerana masih kecil semasa kematian ibunya.
Diteruskan lagi, Nur Amanina disahkan mengandung dan ini berita paling gembira buat Adam sebab mereka rupa rupanya sudah agak lama menanti berita gembira tu. Boleh tengok dalam trailer Nur Amanina sangat teruja semasa bagitau kat Adam yg dia mengandung.
Adam dan Nur melibatkan diri membimbing anak anak di rumah perlindungan, di situ ada watak Sara Ali sebagai remaja liar yang menaruh hati kepada Adam. Shafie Naswip sebagai kekasih kepada Sara Ali yang jugak seorang remaja liar.
Akhirnya dugaan datang menimpa dia lagi, suspen kat sini, ada scene kubur. Siapa yang mati? Anak Adam dan Nur agaknya sebab tu Adam terlalu sedih sangat. Mungkin Nur keguguran. Kalau kita ingat, dia pernah kematian anak kerana kemalangan di luar negara semasa isteri dia yang pertama dulu. Adam terlalu sedih dan hampir hampir hilang iman kepada Allah kerana dugaan tu.
Update: Nur Kasih the movie review (tekaan tepat lagi, Nur keguguran anak, mereka sangat sedih)
Boleh tengok dia sedih dan tertekan masa scene atas tangga dengan Aidil, dia kata dia dah penat sangat…Aidil cuba pujuk adiknya tu dan cuba mengembalikan iman Adam.
Adam dan Nur Amanina telah berazam untuk ke Mekah bagi mencari keredhaan dan mendekatkan diri dengan Allah, mereka berdua nak sambung pelajaran jugak di Jordan. Aidil menggantikan tugas Adam dan Nur bagi membimbing anak anak liar di rumah perlindungan.
Adam dan Amanina sangat bahagia kat sana, tapi Adam telah dilanda mimpi yang berulang ulang tentang sesuatu yang buruk bakal berlaku. Adam telah bermimpi yg Nur Amanina telah mati di pangkuannya, dan dia sangat risau jika sesuatu tragedi berlaku.
Adam dan Nur telah terlibat dalam satu kemalangan yang dasyat di Jordan, siapakah yang meninggal dunia…Adam atau Nur Amanina? Last sekali scene keretapi berlanggar tu mungkin akan merungkai siapa yang terkorban..jeng…jeng..jeng..







No comments:
Post a Comment